ISTILAH SUMBER |
ISTILAH SASAR |
BIDANG |
HURAIAN |
Shareholder Rights Directive (SRD) | Perintah Hak Pemegang Saham (SRD) | ESG | Peraturan bagi pelaksanaan hak pemegang saham pada mesyuarat agung syarikat yang didaftarkan dan sahamnya didagangkan di pasaran terkawal Kesatuan Eropah. |
United Nations Principles for Responsible Investme | Prinsip Pelaburan Bertanggungjawab Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu | ESG | Prinsip beraspirasikan pelaksanaan pelaburan secara bertanggungjawab oleh rangkaian institusi kewangan antarabangsa yang disokong oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. |
sustainable finance | pembiayaan mampan | ESG | Pembiayaan yang mengutamakan alam sekitar, sosial dan tadbir urus untuk meningkatkan pelaburan jangka panjang bagi pelaksanaan projek ekonomi mampan (Suruhanjaya Eropah). |
social impact assessment (SIA) | penilaian impak sosial (SIA) | ESG | Proses menyelidik, memantau dan mengurus kesan perubahan sosial yang disebabkan oleh pelaksanaan dasar, pelan, pembangunan dan projek. |