ISTILAH SUMBER |
ISTILAH SASAR |
BIDANG |
HURAIAN |
social risk | risiko sosial | ESG | Kemungkinan berlakunya kesan negatif terhadap pekerja, pembekal, pelanggan dan penduduk setempat akibat daripada aktiviti perniagaan, projek pembangunan atau tindakan sesebuah organisasi. |
clean technology | teknologi bersih | ESG | Teknik atau kaedah untuk mengurangkan kesan negatif terhadap alam sekitar dengan mengehadkan penggunaan sumber asli, penghasilan sisa dan pelepasan karbon secara berlebihan. Sinonim cleantech. |
brown industries | industri cemar | ESG | Industri berkarbon tinggi yang memberikan kesan negatif terhadap alam sekitar. Banding green industries. |
due diligence | ketekunan wajar | ESG | Usaha untuk mengenal pasti risiko dan menilai kesan negatif sesuatu aktiviti perniagaan. |
sustainable business operation | operasi perniagaan mampan | ESG | Amalan untuk mengoptimumkan kesan positif dan meminimumkan kesan negatif di samping memastikan keuntungan jangka panjang dari sudut ekonomi, alam sekitar dan sosial. |
social impact management | pengurusan impak sosial | ESG | Usaha untuk mengoptimumkan kesan positif dan meminimumkan kesan negatif berdasarkan hasil penilaian impak sosial. |
sustainable procurement | perolehan mampan | ESG | Amalan memperoleh barangan, perkhidmatan atau bahan mentah dengan mengoptimumkan kesan positif dan meminimumkan kesan negatif terhadap alam sekitar, sosial dan ekonomi. |
Human Rights Due Diligence (HRDD) | Ketekunan Wajar Hak Asasi Manusia (HRDD) | ESG | Usaha untuk mengenal pasti risiko dan menilai potensi kesan negatif pelbagai aktiviti terhadap hak asasi manusia. |
sustainablility report | laporan kemampanan | ESG | Laporan berkaitan dengan impak paling ketara terhadap ekonomi, alam sekitar dan/atau sosial yang disebabkan oleh aktiviti organisasi dan kesan positif atau negatif terhadap pembangunan mampan, serta dihebahkan secara terbuka. |
sustainability reporting | pelaporan kemampanan | ESG | Penyediaan laporan berkaitan dengan impak paling ketara terhadap ekonomi, alam sekitar dan/atau sosial yang disebabkan oleh aktiviti organisasi dan kesan positif atau negatif terhadap pembangunan mampan, serta dihebahkan secara terbuka. |