ISTILAH SUMBER |
ISTILAH SASAR |
BIDANG |
HURAIAN |
fair trade | perdagangan saksama | ESG | Amalan membeli barangan daripada pengeluar negara membangun dengan harga yang adil bagi memastikan pekerja mereka mempunyai persekitaran kerja yang baik dan upah yang saksama. |
Loss and Damage Fund | Dana Kerugian dan Kerosakan | ESG | Sumber kewangan baharu yang ditubuhkan untuk membantu negara membangun yang terdedah kepada kerugian dan kerosakan disebabkan oleh kesan buruk perubahan iklim. |
Green Climate Fund (GCF) | Kumpulan Wang Iklim Hijau (GCF) | ESG | Kumpulan wang yang ditubuhkan untuk menyokong negara membangun bagi meningkatkan dan merealisasikan cita-cita Sumbangan Ditentukan Negara dan hala tuju iklim yang berdaya tahan. |
blended finance | pembiayaan campuran | ESG | Gabungan pembiayaan pembangunan strategik dengan dana kedermawanan untuk menggerakkan aliran modal swasta kepada pasaran yang baharu dan pesat membangun. |