ISTILAH SUMBER |
ISTILAH SASAR |
BIDANG |
HURAIAN |
net positive | manfaat bersih | ESG | Keadaan yang membawa lebih banyak kebaikan kepada alam sekitar dan masyarakat berbanding keburukan. Sinonim net benefit. |
ecosystem services | khidmat ekosistem | ESG | Kepelbagaian perkhidmatan dan manfaat yang diperoleh daripada ekosistem seperti makanan, ubatan tradisional, kitaran nutrien dan rekreasi. |
impact investing | pelaburan impak | ESG | Strategi pelaburan untuk menjana manfaat sosial dan alam sekitar yang boleh diukur di samping mendapatkan pulangan kewangan. |
UN Convention on Biological Diversity | Konvensyen Kepelbagaian Biologi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu | ESG | Instrumen undang-undang antarabangsa bagi pemuliharaan kepelbagaian biologi, penggunaan mampan komponen dalam instrumen dan perkongsian manfaat yang adil dan saksama daripada penggunaan sumber genetik yang telah disahkan oleh 196 negara. |