ISTILAH SUMBER |
ISTILAH SASAR |
BIDANG |
HURAIAN |
sustainablility report | laporan kemampanan | ESG | Laporan berkaitan dengan impak paling ketara terhadap ekonomi, alam sekitar dan/atau sosial yang disebabkan oleh aktiviti organisasi dan kesan positif atau negatif terhadap pembangunan mampan, serta dihebahkan secara terbuka. |
sustainability reporting | pelaporan kemampanan | ESG | Penyediaan laporan berkaitan dengan impak paling ketara terhadap ekonomi, alam sekitar dan/atau sosial yang disebabkan oleh aktiviti organisasi dan kesan positif atau negatif terhadap pembangunan mampan, serta dihebahkan secara terbuka. |
Integrated Reporting Framework | Rangka Kerja Pelaporan Bersepadu | ESG | Rangka kerja bagi kaedah laporan menyeluruh yang menggabungkan maklumat kemampanan dan prestasi tahunan syarikat. |
Global Reporting Initiative (GRI) | Inisiatif Pelaporan Global (GRI) | ESG | Organisasi bebas yang menyediakan set piawaian antarabangsa bagi membantu sesebuah perniagaan atau organisasi menyediakan laporan kemampanan. |
|
|