ISTILAH SUMBER |
ISTILAH SASAR |
BIDANG |
HURAIAN |
World Benchmarking Alliance | Perikatan Piawaian Dunia | ESG | Organisasi bukan berasaskan keuntungan yang menilai dan menentukan kedudukan syarikat berpengaruh dunia berdasarkan sumbangan terhadap Matlamat Pembangunan Mampan. |
Carbon Disclosure Project (CDP) | Projek Penyataan Karbon (CDP) | ESG | Organisasi bukan berasaskan keuntungan yang menyediakan sistem global untuk pelabur, syarikat, bandar, negeri dan wilayah menyatakan impak pengoperasian mereka ke atas alam sekitar serta tindakan yang diambil untuk menguruskannya. |
Value Reporting Foundation (VRF) | Yayasan Pelaporan Nilai (VRF) | ESG | Organisasi global bukan berasaskan keuntungan yang mengelola Prinsip Pemikiran Bersepadu, Rangka Kerja Pelaporan Bersepadu dan Lembaga Piawaian Perakaunan Kemampanan untuk membantu perniagaan dan pelabur memahami nilai perusahaan. |
Forest Stewardship Council (FSC) | Majlis Urus Selia Hutan (FSC) | ESG | Organisasi global bukan berasaskan keuntungan yang menggalakkan pengurusan hutan yang beretika di seluruh dunia. |
Sustainability Accounting Standards Board (SASB) | Lembaga Piawaian Perakaunan Kemampanan (SASB) | ESG | Organisasi bebas dan bukan berasaskan keuntungan yang menentukan piawaian industri khusus untuk membantu sesebuah perniagaan menyatakan maklumat kemampanan yang matan dari segi kewangan dan berguna untuk pelabur membuat keputusan. |
sustainable sourcing | penyumberan mampan | ESG | Pembekalan produk dan perkhidmatan dalam rantaian bekalan yang mengimbangi kepentingan masyarakat, alam sekitar dan keuntungan. |
sustainable business operation | operasi perniagaan mampan | ESG | Amalan untuk mengoptimumkan kesan positif dan meminimumkan kesan negatif di samping memastikan keuntungan jangka panjang dari sudut ekonomi, alam sekitar dan sosial. |
conscious capitalism | kapitalisme sedar | ESG | Prinsip perniagaan yang mementingkan hak dan kebajikan seluruh pekerja, masyarakat dan alam sekitar selain daripada mengaut keuntungan. |
Climate Disclosure Standards Board (CDSB) | Lembaga Piawaian Penyataan Iklim (CDSB) | ESG | Konsortium antarabangsa yang terdiri daripada perniagaan dan organisasi bukan berasaskan keuntungan berkaitan alam sekitar yang memajukan dan menyelaraskan model pelaporan korporat sejagat untuk menyesuaikan modal semula jadi dengan modal kewangan. |