ISTILAH SUMBER |
ISTILAH SASAR |
BIDANG |
HURAIAN |
Integrated Reporting Framework | Rangka Kerja Pelaporan Bersepadu | ESG | Rangka kerja bagi kaedah laporan menyeluruh yang menggabungkan maklumat kemampanan dan prestasi tahunan syarikat. |
compensation framework | rangka kerja pampasan | ESG | Perancangan untuk menentukan ganti rugi bagi kehilangan aset fizikal, pendapatan atau mata pencarian disebabkan oleh anjakan fizikal dan/atau ekonomi. |
workplace wellness | kesejahteraan tempat kerja | ESG | Keadaan persekitaran pekerjaan yang menitikberatkan faktor kesihatan, keselamatan, keamanan dan kepuasan pekerja. |
corporate governance | tadbir urus korporat | ESG | Rangka kerja merangkumi peraturan, amalan dan proses yang terarah dan terkawal bagi sesebuah organisasi. |
Just Transition Mechanism | Mekanisme Peralihan Saksama | ESG | Rangka kerja dasar untuk memastikan peralihan yang saksama ke arah ekonomi rendah karbon yang dibangunkan oleh Kesatuan Eropah. Mekanisme ini merupakan sebahagian daripada rancangan pelaburan Perjanjian Hijau Eropah. |
forced labour | buruh paksa | ESG | Individu yang terpaksa melakukan sebarang kerja atau perkhidmatan kerana diancam dengan hukuman. |
sustainability reporting standard | piawaian pelaporan kemampanan | ESG | Garis panduan dan rangka kerja untuk melaporkan prestasi alam sekitar, sosial, dan tadbir urus sesuatu organisasi secara telus dan tekal. |
neurodiversity | kepelbagaian neurologi | ESG | Konsep yang mengiktiraf dan meraikan perbezaan cara kerja otak dan kesihatan mental manusia. |
social baseline | garis dasar sosial | ESG | Penetapan maklumat dan data yang berkaitan dengan sosioekonomi seperti tenaga kerja, kesihatan, keselamatan, sekuriti dan perkhidmatan ekosistem. |
International Energy Agency (IEA) | Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) | ESG | Organisasi berautonomi antara kerajaan yang ditubuhkan di bawah rangka kerja Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi untuk menyediakan cadangan polisi, analisis dan data mengenai sektor tenaga global. |
|
Tesaurus |
---|
| kerja (kata nama) | 1. Bersinonim dengan khidmat: pekerjaan, tugas, tanggungjawab, kewajipan, gawai, usaha, urusan, kegiatan,
2. Bersinonim dengan karya: hasil keluaran, hasil penat lelah, hasil titik peluh, seliaan, kelolaan,
kendalian,
| Kata Terbitan : sekerja, bekerja, mengerjakan, terkerjakan, pekerjaan, sepekerjaan, berpekerjaan, pengerjaan, pekerja, pengerja, |
|
Puisi |
---|
|
Kalau saya kerja di bukit, Kerja pula atas papan; Malu saya bukan sedikit, Sudah heboh ratanya orang.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 288 Kill two birds with one stone Mencapai dua maksud sekali gus dengan melakukan satu kerja atau tindakan. Sekali merengkuh dayung, dua tiga pulau terlampau We are really kill two birds with one stone at the stadium. We were not only able to watch our favourite game but also earning some profit by selling souvenirs there. Kami betul-betul seperti sekali merengkuh dayung, dua tiga pulau terlampau di stadium itu. Kami bukan sahaja menonton sukan kegemaran kami tetapi juga meraih untung dengan menjual cenderamata di sana. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|