ISTILAH SUMBER |
ISTILAH SASAR |
BIDANG |
HURAIAN |
water withdrawal | pengambilan air | ESG | Jumlah keseluruhan air yang diambil daripada air permukaan, air tanah, air laut atau daripada pihak ketiga dalam tempoh tertentu. |
carbon neutral | neutral karbon | ESG | Jumlah keseluruhan pelepasan karbon yang dihasilkan dalam tempoh tertentu yang ditimbal secara pengurangan, penyingkiran atau imbangan karbon luaran. |
carbon footprint | jejak karbon | ESG | Jumlah pelepasan dan penyingkiran gas rumah hijau yang dinyatakan dalam ukuran setaraan karbon dioksida. Sinonim greenhouse gas footprint. |
carbon disclosure | penyataan karbon | ESG | Pelaporan jumlah pelepasan gas rumah hijau yang dihasilkan oleh sesebuah organisasi. |
value chain emission | pelepasan rantaian nilai | ESG | Jumlah pelepasan secara langsung dan tidak langsung sepanjang kitaran hayat produk atau perkhidmatan, yang terhasil daripada pembuatan, pengangkutan, penggunaan dan pelupusan. |
digital carbon footprint | jejak karbon digital | ESG | Jumlah pelepasan gas rumah hijau yang terjana daripada penggunaan Internet, peranti digital (telefon mudah alih dan komputer riba) dan pusat data (pengkomputeran awan). |
carbon credit | kredit karbon | ESG | Sijil pengurangan pelepasan jumlah karbon yang boleh diniagakan. |
carbon neutral product | produk neutral karbon | ESG | Produk yang jumlah pelepasan gas rumah hijau sepanjang kitaran jangka hayatnya ditimbal oleh kredit karbon untuk menjadi sifar bersih. |
|
Peribahasa |
---|
| 411 The more you have, the more you want Manusia tidak pernah puas dengan apa yang dimiliki: sudah dapat, mahu lagi. Nafsu tidak bertepi I told myself that once my savings reached RM1million, I would retire for good. But the more you have, the more you want. Now, I think that amount is not enough. Aku berkata kepada diriku yang aku akan bersara sebaik sahaja simpananku mencecah RM1 juta. Tetapi nafsu tidak bertepi. Kini, aku merasakan bahawa jumlah itu tidak mencukupi. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|