ISTILAH SUMBER |
ISTILAH SASAR |
BIDANG |
HURAIAN |
material topic | topik matan | ESG | Isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus yang relevan kepada perniagaan dan pemegang kepentingan. |
energy trilemma | trilema tenaga | ESG | Tiga isu yang merangkumi kebimbangan terhadap keselamatan, kemampuan dan kemampanan. |
materiality assessment | penilaian kematanan | ESG | Kaedah yang digunakan oleh syarikat untuk mengenal pasti isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus yang relevan kepada perniagaan dan pemegang kepentingan. |
Multilateral Environmental Agreements (MEAs) | Perjanjian Alam Sekitar Berbilang Pihak (MEAs) | ESG | Perjanjian secara sah antara negara untuk menangani isu alam sekitar yang merentas sempadan negara. |
climate diplomacy | diplomasi iklim | ESG | Usaha diplomatik untuk menangani dan mengurus cabaran akibat perubahan iklim melalui rundingan dan kerjasama antarabangsa demi mewujudkan penyelesaian mampan dan mencapai kesepakatan dalam menghadapi isu perubahan iklim. |