ISTILAH SUMBER |
ISTILAH SASAR |
BIDANG |
HURAIAN |
carbon offset | imbangan karbon luaran | ESG | Pengurangan atau penyingkiran gas rumah hijau untuk mengimbangi pelepasan gas tersebut ke persekitaran bagi mencapai sasaran atau hadnya. |
carbon insetting | imbangan karbon dalaman | ESG | Amalan pengurangan atau penyingkiran gas rumah hijau untuk mengimbangi pelepasan gas tersebut dalam rantaian nilai organisasi bagi mencapai sasaran atau hadnya. |
biodiversity offset | imbangan biodiversiti | ESG | Usaha untuk mengimbangi semula kehilangan biodiversiti disebabkan oleh pembangunan. |
carbon neutral | neutral karbon | ESG | Jumlah keseluruhan pelepasan karbon yang dihasilkan dalam tempoh tertentu yang ditimbal secara pengurangan, penyingkiran atau imbangan karbon luaran. |
|
|