ISTILAH SUMBER |
ISTILAH SASAR |
BIDANG |
HURAIAN |
physical risk | risiko fizikal | ESG | Risiko yang dihadapi oleh institusi kewangan dan syarikat akibat daripada kesan fizikal perubahan iklim. |
compensation framework | rangka kerja pampasan | ESG | Perancangan untuk menentukan ganti rugi bagi kehilangan aset fizikal, pendapatan atau mata pencarian disebabkan oleh anjakan fizikal dan/atau ekonomi. |
physical displacement | anjakan fizikal | ESG | Keadaan individu atau sekumpulan manusia yang terpaksa meninggalkan tempat tinggal disebabkan oleh pelbagai faktor seperti bencana, pencabulan hak asasi manusia dan keganasan. |
in-situ preservation | pemeliharaan in situ | ESG | Penjagaan fizikal tinggalan arkeologi di tempat penemuan asal. |
tangible cultural heritage | warisan budaya ketara | ESG | Warisan budaya berbentuk fizikal seperti binaan, produk atau hasil kreativiti manusia yang mempunyai nilai budaya yang penting bagi masyarakat. |
energy intensity | keamatan tenaga | ESG | Nisbah penggunaan tenaga berbanding hasil ekonomi atau keluaran fizikal. Sinonim energy use intensity. |
replicable cultural heritage | warisan budaya boleh sulih | ESG | Warisan budaya seperti binaan dan produk fizikal atau hasil kreativiti manusia yang boleh dipindahkan ke lokasi lain atau boleh digantikan dengan struktur atau ciri semula jadi yang serupa nilainya. Banding non-replicable cultural heritage. |
climate risk | risiko iklim | ESG | Risiko kewangan yang berkaitan dengan perubahan iklim seperti risiko fizikal dan peralihan. |