ISTILAH SUMBER |
ISTILAH SASAR |
BIDANG |
HURAIAN |
protected characteristic | ciri terlindung | ESG | Ciri peribadi yang tidak boleh dijadikan faktor membeza layan terhadap individu atau kumpulan dengan individu atau kumpulan yang lain. |
green-bleaching | luntur hijau | ESG | Perihal organisasi yang sengaja tidak menonjolkan ciri alam sekitar, sosial dan tadbir urus pada produk agar tidak dikenakan peraturan tambahan dan tindakan undang-undang. |
direct discrimination | diskriminasi langsung | ESG | Tindakan membeza layan terhadap individu atau kumpulan secara nyata berdasarkan ciri terlindung mereka. Banding indirect discrimination. |
indirect discrimination | diskriminasi tidak langsung | ESG | Tindakan membeza layan terhadap individu atau kumpulan secara tidak nyata berdasarkan ciri terlindung mereka. Banding direct discrimination. |
green label | label hijau | ESG | Tanda atau maklumat yang dicetak pada produk atau bungkusan untuk mengiklankan kualiti atau ciri alam sekitar. Label hijau juga dikenali sebagai label alam sekitar atau ekolabel. |
replicable cultural heritage | warisan budaya boleh sulih | ESG | Warisan budaya seperti binaan dan produk fizikal atau hasil kreativiti manusia yang boleh dipindahkan ke lokasi lain atau boleh digantikan dengan struktur atau ciri semula jadi yang serupa nilainya. Banding non-replicable cultural heritage. |
non-replicable cultural heritage | warisan budaya tak boleh sulih | ESG | Warisan budaya yang ketara dan tidak ketara yang tidak boleh dipindahkan ke lokasi lain atau tidak boleh digantikan dengan struktur atau ciri semula jadi yang serupa nilainya. Banding replicable cultural heritage. |