ISTILAH SUMBER |
ISTILAH SASAR |
BIDANG |
HURAIAN |
replicable cultural heritage | warisan budaya boleh sulih | ESG | Warisan budaya seperti binaan dan produk fizikal atau hasil kreativiti manusia yang boleh dipindahkan ke lokasi lain atau boleh digantikan dengan struktur atau ciri semula jadi yang serupa nilainya. Banding non-replicable cultural heritage. |
tangible cultural heritage | warisan budaya ketara | ESG | Warisan budaya berbentuk fizikal seperti binaan, produk atau hasil kreativiti manusia yang mempunyai nilai budaya yang penting bagi masyarakat. |
hazard identification | pengenalpastian mudarat | ESG | Kaedah kualitatif untuk mengenal pasti potensi mudarat dan ancaman daripada faktor dalaman dan luaran yang boleh memberi kesan kepada manusia, binaan dan alam sekitar. |