ISTILAH SUMBER |
ISTILAH SASAR |
BIDANG |
HURAIAN |
hidrology | hidrologi | ESG | Bidang sains berkenaan sifat, agihan dan edaran air di bumi dan atmosfera. |
thematic investing | pelaburan bertema | ESG | Strategi pelaburan masa hadapan berdasarkan penyelidikan dalam bidang makroekonomi, geopolitik dan teknologi yang dijangka berkembang. Pelaburan ini mementingkan aspek kemampanan seperti teknologi bersih, pertanian mampan, penjagaan kesihatan atau mitigasi perubahan iklim. |
social | sosial | ESG | Perhubungan antara sesebuah organisasi dengan pekerja, pembekal, pelanggan dan penduduk setempat. |
materiality | kematanan | ESG | Faktor alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang penting kepada syarikat dan pemegang kepentingan. |
liquefaction | pencecairan | ESG | Proses menukarkan bentuk gas asli kepada cecair. |
inequality | ketaksamarataan | ESG | Pembahagian sumber, peluang atau keistimewaan antara individu atau kumpulan yang tidak sama rata dalam sesebuah masyarakat. |
green | hijau | ESG | Perihal tidak memudaratkan atau tidak menjejaskan kualiti alam sekitar. Sinonim environmental friendly. |
expropriation | pengambilalihan | ESG | Tindakan kerajaan atau pihak berkuasa yang mengambil harta milik persendirian untuk kegunaan atau faedah awam. |
eutrophication | eutrofikasi | ESG | Keadaan badan air yang diperkaya dengan nutrien sehingga menyebabkan pertumbuhan alga dan tumbuhan akuatik secara berlebihan. Hal ini mengakibatkan pengurangan atau kehabisan kandungan oksigen dalam air sehingga membahayakan hidupan akuatik. |
electrification | elektrifikasi | ESG | Proses peralihan sumber tenaga daripada bahan api fosil kepada tenaga elektrik untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau. |