ISTILAH SUMBER |
ISTILAH SASAR |
BIDANG |
HURAIAN |
governance | tadbir urus | ESG | Berkaitan dengan pentadbiran yang menyeluruh dalam mengurus, membuat keputusan dan melaksanakan polisi. |
environmental | alam sekitar | ESG | Berkaitan dengan keadaan, tempat atau kawasan sekeliling yang menjadi tanggungjawab sesuatu pihak untuk menjaga kelestariannya temasuklah mengawal pencemaran, penggunaan tenaga dan sumber asli secara berhemah serta pengurusan sisa. |
sustainablility report | laporan kemampanan | ESG | Laporan berkaitan dengan impak paling ketara terhadap ekonomi, alam sekitar dan/atau sosial yang disebabkan oleh aktiviti organisasi dan kesan positif atau negatif terhadap pembangunan mampan, serta dihebahkan secara terbuka. |
sustainability reporting | pelaporan kemampanan | ESG | Penyediaan laporan berkaitan dengan impak paling ketara terhadap ekonomi, alam sekitar dan/atau sosial yang disebabkan oleh aktiviti organisasi dan kesan positif atau negatif terhadap pembangunan mampan, serta dihebahkan secara terbuka. |
Paris Agreement | Perjanjian Paris | ESG | Perjanjian antarabangsa berkaitan dengan perubahan iklim yang termeterai dalam Persidangan Negara Ahli ke-21, Konvensyen Kerangka Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Paris. |
climate risk | risiko iklim | ESG | Risiko kewangan yang berkaitan dengan perubahan iklim seperti risiko fizikal dan peralihan. |
lost time injury (LTI) | kecederaan masa hilang (LTI) | ESG | Kecederaan berkaitan dengan pekerjaan yang mengakibatkan kehilangan masa bekerja. |
social baseline | garis dasar sosial | ESG | Penetapan maklumat dan data yang berkaitan dengan sosioekonomi seperti tenaga kerja, kesihatan, keselamatan, sekuriti dan perkhidmatan ekosistem. |
ESG disclosure framework | kerangka penyataan ESG | ESG | Garis panduan untuk syarikat menghebahkan maklumat berkaitan dengan prestasi alam sekitar, sosial, dan tadbir urus secara berkala dan boleh banding. |
positive screening | saringan mampan | ESG | Proses menyaring dan menilai syarikat yang menepati kriteria tertentu berkaitan dengan alam sekitar, sosial dan tadbir urus untuk tujuan perniagaan. |
|
|