ISTILAH SUMBER |
ISTILAH SASAR |
BIDANG |
HURAIAN |
electronic waste | sisa elektronik | ESG | Buangan barangan elektrik dan elektronik yang tidak berfungsi atau usang seperti telefon bimbit, televisyen dan peti sejuk. Sinonim e-waste. |
sustainable procurement | perolehan mampan | ESG | Amalan memperoleh barangan, perkhidmatan atau bahan mentah dengan mengoptimumkan kesan positif dan meminimumkan kesan negatif terhadap alam sekitar, sosial dan ekonomi. |
fair trade | perdagangan saksama | ESG | Amalan membeli barangan daripada pengeluar negara membangun dengan harga yang adil bagi memastikan pekerja mereka mempunyai persekitaran kerja yang baik dan upah yang saksama. |
inclusive supply chain | rantaian bekalan terangkum | ESG | Kaedah memperoleh barangan, perkhidmatan atau bahan mentah dengan mempertimbangkan keterlibatan semua pemegang kepentingan termasuk pembekal kecil, wanita dan komuniti terpinggir secara adil dan saksama. |
security of supply | keterjaminan bekalan | ESG | Keadaan pengguna yang mendapat bekalan produk, barangan dan perkhidmatan secara berterusan dan mencukupi. |
impact sourcing | perolehan impak | ESG | Jaminan dan tindakan yang diambil bagi memastikan barangan, bahan dan perkhidmatan tidak terganggu dalam rantaian bekalan. |
Carbon Border Tax | Cukai Sempadan Karbon | ESG | Kadar bayaran yang dikenakan berdasarkan jejak karbon barangan import bagi mengurangkan kadar pelepasan karbon. |
Carbon Border Adjustment Mechanism | Mekanisme Penyelarasan Sempadan Karbon | ESG | Sistem penyelarasan kadar cukai sempadan karbon bagi barangan import di luar blok ekonomi Kesatuan Eropah untuk mencegah ketirisan karbon. |
natural capital | modal sumber asli | ESG | Stok sumber dari alam sekitar dan ekosistem yang boleh diperbaharui dan tidak boleh diperbaharui melalui pembekalan barangan dan perkhidmatan penting seperti air bersih, kitaran nutrien dan sumber genetik. |