ISTILAH SUMBER |
ISTILAH SASAR |
BIDANG |
HURAIAN |
sustainable public procurement (SPP) | pemerolehan awam mampan (SPP) | ESG | Proses mendapatkan perkhidmatan, produk dan utiliti melalui sesuatu transaksi yang setimpal nilai dan kitaran hayatnya dalam organisasi awam yang bermanfaat untuk organisasi, masyarakat dan ekonomi serta mengurangkan kesan negatif terhadap alam sekitar. |
qualified right | hak bersyarat | ESG | Hak yang tidak mutlak dalam keadaan tertentu untuk melindungi kepentingan awam yang lebih besar seperti keselamatan negara, kesihatan awam atau hak individu lain. |
advocacy | tunjangan | ESG | Usaha awam yang bertujuan untuk menggalakkan perubahan dasar, amalan atau undang-undang. |
climate finance | pembiayaan iklim | ESG | Pembiayaan tempatan dan rentas negara yang diperoleh daripada sumber awam, swasta dan alternatif bertujuan untuk menyokong tindakan mitigasi dan penyesuaian bagi menangani perubahan iklim. |
expropriation | pengambilalihan | ESG | Tindakan kerajaan atau pihak berkuasa yang mengambil harta milik persendirian untuk kegunaan atau faedah awam. |
International Financial Reporting Standards (IFRS) | Piawaian Pelaporan Kewangan Antarabangsa (IFRS)] | ESG | Garis panduan perakaunan bagi penyata kewangan syarikat awam yang bertujuan untuk menjadikannya konsisten, telus dan boleh banding di seluruh dunia. |
greenwashing | acah hijau | ESG | Pemanipulasian maklumat oleh sesebuah organisasi yang mendakwa produk atau operasinya mesra alam sekitar kepada orang awam. |