ISTILAH SUMBER |
ISTILAH SASAR |
BIDANG |
HURAIAN |
product stewardship | urus selia produk | ESG | Perihal mengawasi aspek kesihatan, keselamatan dan alam sekitar bagi setiap peringkat kitaran hayat sesuatu produk oleh pihak pengurusan. |
community engagement | keterlibatan komuniti | ESG | Pelibatan komuniti secara langsung dalam semua aspek pembuatan keputusan dan pelaksanaannya untuk meningkatkan ketelusan dan akauntabiliti serta mengoptimumkan peruntukan sumber dalam pelbagai keadaan. |
ethical practice | amalan beretika | ESG | Penerapan nilai etika terhadap tingkah laku organisasi dalam semua aspek seperti tadbir urus korporat, amalan pekerjaan, hubungan pemegang kepentingan, amalan perakaunan dan tanggungjawab korporat. |
social sustainability | kemampanan sosial | ESG | Kesejahteraan jangka panjang dan kualiti hidup individu dan masyarakat yang melibatkan pelbagai aspek sosial. |
thematic investing | pelaburan bertema | ESG | Strategi pelaburan masa hadapan berdasarkan penyelidikan dalam bidang makroekonomi, geopolitik dan teknologi yang dijangka berkembang. Pelaburan ini mementingkan aspek kemampanan seperti teknologi bersih, pertanian mampan, penjagaan kesihatan atau mitigasi perubahan iklim. |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata aspek |
|
|