ISTILAH SUMBER |
ISTILAH SASAR |
BIDANG |
HURAIAN |
natural capital | modal sumber asli | ESG | Stok sumber dari alam sekitar dan ekosistem yang boleh diperbaharui dan tidak boleh diperbaharui melalui pembekalan barangan dan perkhidmatan penting seperti air bersih, kitaran nutrien dan sumber genetik. |
liquefaction | pencecairan | ESG | Proses menukarkan bentuk gas asli kepada cecair. |
free, prior and informed consent (FPIC) | persetujuan bebas, terdahulu dan termaklum (FPIC) | ESG | Hak orang asli untuk memberi atau tidak memberi persetujuan mereka bagi sebarang tindakan yang melibatkan atau menjejaskan privasi, tanah, wilayah dan hak mereka. |
marine protected area | kawasan lindung marin | ESG | Kawasan perairan laut atau persisiran pantai yang dilindungi untuk pemeliharaan sumber asli. |
clean technology | teknologi bersih | ESG | Teknik atau kaedah untuk mengurangkan kesan negatif terhadap alam sekitar dengan mengehadkan penggunaan sumber asli, penghasilan sisa dan pelepasan karbon secara berlebihan. Sinonim cleantech. |
sustainable consumption and production (SCP) | penggunaan dan pengeluaran mampan (SCP) | ESG | Penggunaan perkhidmatan dan produk keperluan asas dalam kitaran hayatnya dengan meminimumkan penggunaan sumber asli dan bahan toksik serta pelepasan sisa dan pencemar, untuk keperluan masa hadapan. |
environmental | alam sekitar | ESG | Berkaitan dengan keadaan, tempat atau kawasan sekeliling yang menjadi tanggungjawab sesuatu pihak untuk menjaga kelestariannya temasuklah mengawal pencemaran, penggunaan tenaga dan sumber asli secara berhemah serta pengurusan sisa. |