ISTILAH SUMBER |
ISTILAH SASAR |
BIDANG |
HURAIAN |
sustainable consumption and production (SCP) | penggunaan dan pengeluaran mampan (SCP) | ESG | Penggunaan perkhidmatan dan produk keperluan asas dalam kitaran hayatnya dengan meminimumkan penggunaan sumber asli dan bahan toksik serta pelepasan sisa dan pencemar, untuk keperluan masa hadapan. |
Integrated Thinking Principles | Prinsip Pemikiran Bersepadu | ESG | Instrumen perancangan strategik untuk lembaga pengarah dan pengurusan bagi membantu menyediakan asas penciptaan nilai jangka panjang dan menerapkan amalan perniagaan mampan dalam organisasi. |
Science-Based Targets Network (SBTN) | Jaringan Sasaran berasaskan Sains (SBTN) | ESG | Hubungan kerjasama antara organisasi dengan menggunakan sains sebagai asas untuk menetapkan sasaran pemeliharaan alam semula jadi dan kepelbagaian biologi. |
Science-Based Targets initiative (SBTi) | Inisiatif Sasaran berasaskan Sains (SBTi) | ESG | Usaha sama antara organisasi dengan menggunakan sains sebagai asas untuk menetapkan sasaran pengurangan pelepasan gas rumah hijau. |