ISTILAH SUMBER |
ISTILAH SASAR |
BIDANG |
HURAIAN |
Sustainable Aviation Fuel (SAF) | Bahan Api Penerbangan Mampan (SAF) | ESG | Bahan api penerbangan yang dihasilkan daripada sumber boleh diperbaharui dan mampan seperti minyak terpakai, sisa bahan pertanian dan tanaman bukan makanan. |
electrification | elektrifikasi | ESG | Proses peralihan sumber tenaga daripada bahan api fosil kepada tenaga elektrik untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau. |
hydrogenated vegetable oil (HVO) | minyak tumbuhan berhidrogen (HVO) | ESG | Bahan api diesel boleh diperbaharui yang dihasilkan daripada minyak sayuran melalui tindak balas pemprosesan hidro. |
biorefinery | loji biopenapis | ESG | Kilang pemprosesan biojisim untuk menghasilkan bahan api yang boleh diperbaharui, bahan kimia dan produk sampingan yang lain. |
co-processing | pemprosesan bersama | ESG | Penggantian bahan mentah utama atau bahan api fosil dengan sisa industri. |
green mobility | mobiliti hijau | ESG | Sistem pengangkutan yang menggunakan sumber tenaga bersih seperti elektrik, hidrogen atau sumber biobahan api. |
co-firing generation plants | stesen janakuasa nyalaan bersama | ESG | Loji penjana kuasa yang menggunakan dua atau lebih bahan api yang berbeza dalam sistem pembakaran. |
anthropogenic greenhouse gas emission | pelepasan gas rumah hijau antropogenik | ESG | Pelepasan karbon ke atmosfera disebabkan oleh aktiviti yang melibatkan pembakaran bahan api fosil, penyahhutanan, perubahan guna tanah, penternakan, pembajaan, pengurusan sisa, dan proses industri yang disebabkan oleh manusia. |
next-generation vehicle | kenderaan generasi hadapan | ESG | Kenderaan yang menggunakan teknologi maju untuk meningkatkan prestasi, kecekapan dan kesan alam sekitar termasuklah teknologi kenderaan berkuasa elektrik dan hibrid, sel bahan api dan bahan termaju. |
carbon sequestration | pensekuesteran karbon | ESG | Proses memerangkap karbon dari udara melalui proses biologi, kimia dan fizik untuk mengurangkan gas rumah hijau. Contohnya, proses memerangkap karbon dioksida dari proses industri, pembakaran bahan api atau secara langsung dari atmosfera. |