ISTILAH SUMBER |
ISTILAH SASAR |
BIDANG |
HURAIAN |
financed emission | pelepasan terbiaya | ESG | Pelepasan gas rumah hijau secara mutlak akibat aktiviti pembiayaan institusi kewangan dan pelabur. |
climate diplomacy | diplomasi iklim | ESG | Usaha diplomatik untuk menangani dan mengurus cabaran akibat perubahan iklim melalui rundingan dan kerjasama antarabangsa demi mewujudkan penyelesaian mampan dan mencapai kesepakatan dalam menghadapi isu perubahan iklim. |
physical risk | risiko fizikal | ESG | Risiko yang dihadapi oleh institusi kewangan dan syarikat akibat daripada kesan fizikal perubahan iklim. |
social risk | risiko sosial | ESG | Kemungkinan berlakunya kesan negatif terhadap pekerja, pembekal, pelanggan dan penduduk setempat akibat daripada aktiviti perniagaan, projek pembangunan atau tindakan sesebuah organisasi. |
Just Transition Fund | Dana Peralihan Saksama | ESG | Peruntukan kewangan untuk menyokong kawasan dan komuniti yang paling terjejas akibat peralihan ke arah neutral iklim. Dana ini merupakan tonggak pertama dalam Mekanisme Peralihan Saksama. |
Resettlement Action Plan (RAP) | Pelan Tindakan Penempatan Semula (RAP) | ESG | Rancangan untuk menangani kesan sosial dalam kalangan penduduk akibat pemindahan yang disebabkan oleh projek pembangunan. |
economic displacement | anjakan ekonomi | ESG | Keadaan individu atau sekumpulan manusia yang terpaksa berpindah disebabkan oleh kos hidup yang terlalu tinggi akibat kesan perubahan ekonomi. |