ISTILAH SUMBER |
ISTILAH SASAR |
BIDANG |
HURAIAN |
depleted fields | medan tersusut | ESG | Takungan minyak dan gas yang telah kehabisan sumber hidrokarbon sama ada sebahagian atau sepenuhnya. |
climate-related risk | risiko berkait iklim | ESG | Potensi risiko ekonomi, teknologi, perkhidmatan dan sebagainya yang terhasil sama ada secara langsung atau tidak langsung daripada tindakan mitigasi dan penyesuaian perubahan iklim. |
climate-related opportunity | peluang berkait iklim | ESG | Potensi peluang ekonomi, teknologi, perkhidmatan dan sebagainya yang terhasil sama ada secara langsung atau tidak langsung kesan daripada tindakan mitigasi dan penyesuaian perubahan iklim. |
underserved community | komuniti terabai | ESG | Sekumpulan manusia yang dinafikan peluang dan sokongan yang sewajarnya disebabkan oleh kelemahan sistem yang sedia ada. |
water availability | ketersediaan air | ESG | Kemampuan hidrologi untuk menampung permintaan tambahan selepas mengambil kira penggunaan semasa, kuantiti dan kualiti air yang ada. |
lower carbon economy | ekonomi karbon lebih rendah | ESG | Sistem ekonomi yang bercirikan tahap pelepasan gas rumah hijau yang lebih rendah berbanding tahap pelepasan yang sedia ada. |
responsible innovation | inovasi beretika | ESG | Rekaan baharu yang mengutamakan etika dan tanggungjawab sosial dalam penyelidikan, reka bentuk dan pengeluaran teknologi baharu atau evolusi teknologi yang sedia ada. |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata ada |
|
Puisi |
---|
|
Sirih ada pinang pun ada, Saja saya tak bubuh di tepak; Kasih ada sayang pun ada, Sajalah saya tak beri nampak.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 73 If the cap fits, wear it Jika kita terasa apabila dikritik meskipun nama kita tidak disebut maka kritikan itu memang ditujukan tepat kepada kita. Jika ada padi, tentu ada hampanya; jika ada hati tentu terasa When a Malay film portrayed a character who could not speak proper English, a veteran actress suddenly flew into a temper, accusing that the producer was trying to make fun of her. " If the cap fits, wear it!" rebuked the film producer. Apabila sebuah filem Melayu memaparkan satu watak yang lintang-pukang bahasa Inggerisnya, seorang pelakon veteran tiba-tiba melenting marah, dengan menuduh bahawa pengeluar filem itu cuba mempersendakannya." Jika ada padi, tentu ada hampanya; jika ada hati tentu terasa!" tempelak pengeluar filem itu. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|