Kata Istilah |
Kata Sasar |
Kata Takrif |
phrase structure | struktur frasa | Unsur utama yang membina ayat. Contohnya frasa bagi ayat Beberapa orang pelajar menonton televisyen adalah seperti yang berikut: A= [FN Beberapa orang pelajar ] [ FK menonton] [ FN televisyen] A = ayat, FN = frasa nama, FK = frasa kerja |
common core hypothesis | hipotesis teras sepunya | Teori yang menunjukkan semua jenis bahasa Inggeris mempunyai ciri-ciri asas utama yang sepunya, yang hanya berbeza dari segi kuantitatif dan bukan secara kualitatif. |
body | badan teks | Teks yang mengikuti kepala teks dan merupakan data yang menjadi bahan utama kajian korpus berserta dengan penandaan padanya. |
TAGGIT | TAGGIT | Perisian golongan kata terawal yang setnya terdiri daripada lapan puluh tujuh tanda, termasuk kelas kata utama dan varian infleksi serta kata fungsi. Alat ini digunakan untuk menandai Korpus Brown. |
factor analysis | analisis faktor | Kaedah statistik untuk menganalisis set data yang mempunyai banyak pemboleh ubah. Analisis ini mengurangkan pemboleh ubah yang banyak kepada hanya beberapa pemboleh ubah utama melalui pengelompokan pemboleh ubah yang sama cirinya. |