Kata Istilah |
Kata Sasar |
Kata Takrif |
problem-oriented tagging | penandaan berorientasikan masalah | Proses menandai korpus berasaskan tujuan sesebuah penyelidikan. |
documentation | dokumentasi | Manual pembinaan korpus yang lazimnya mengandungi maklumat seperti tujuan dan reka bentuk termasuk saiz, jenis teks, pensampelan, set tanda dan sebagainya. |
specialised corpus | korpus khusus | Himpunan data bahasa lisan atau tulisan untuk tujuan khusus. |
representativeness | keterwakilan | Ciri korpus yang menggambarkan komposisi populasi sesuatu bahasa mengikut kriteria dan tujuan pembinaan korpus. Antara kriterianya ialah jenis teks, jumlah teks, dan saiz data korpus yang dibangunkan. |
design | reka bentuk | Proses pertama dalam pembinaan korpus. Reka bentuk korpus bergantung pada tujuan dan kegunaannya bagi menentukan jenis, kandungan, struktur, saiz teks dan sebagainya. |
DIY corpus | korpus binaan sendiri/korpus DIY | Korpus yang dibangunkan oleh penyelidik dengan menggunakan perisian tertentu dan disesuaikan dengan tujuan penyelidikan yang ingin dilaksanakan. |
corpus linguistics | linguistik korpus | Perkaedahan dan subbidang kajian linguistik yang menggunakan data tulen, bersaiz besar dan dalam bentuk elektronik dengan tujuan menganalisis data, mencari bukti hipotesis bahasa dan sebagainya. |
|
Tesaurus |
---|
| tuju | | Kata Terbitan : bersetuju, mempersetujui, menyetujukan, mempersetujukan, persetujuan, menuju, menujui, menujukan, tujuan, bertujuan, |
|
Puisi |
---|
|
Selagi langit payungi awan, Hujan juga merintis embun; Selagi sampai segala tujuan, Badan binasa musuh berembun.
Lihat selanjutnya... |
|