Kata Istilah |
Kata Sasar |
Kata Takrif |
scanning | pengimbasan | Teknik mendapatkan teks elektronik daripada teks dalam bentuk kertas dengan menggunakan pengimbas yang mempunyai perisian pengecaman aksara optik (OCR). |
bootstrapping | bootstrapping | Teknik membangunkan perisian anotasi korpus. |
keyboarding | penaipan papan kekunci | Teknik menyediakan teks elektronik dengan menggunakan papan kekunci. |
cognate | kognat | Kata yang mempunyai hubungan bentuk dan makna dengan kata yang serupa bentuknya dalam bahasa lain. Kognat digunakan bagi teknik menjajarkan ayat dalam korpora dwibahasa atau pelbagai bahasa. |
rank ordering | tertib pangkat | 1. Urutan bagi maklumat kekerapan dalam senarai perkataan yang boleh disusun mengikut susunan perkataan yang paling kerap sehingga yang paling rendah bilangannya. 2. Teknik yang digunakan dalam beberapa ujian statistik bukan parametrik, contohnya ujian Wi |