Kata Istilah |
Kata Sasar |
Kata Takrif |
item | item | Perkataan yang diteliti dalam carian korpus. Item boleh terdiri daripada perkataan tunggal, contohnya 'main', atau dalam bentuk terbitan seperti bermain, atau frasa yang terdiri daripada beberapa perkataan seperti bermain bola. |
markup | penanda | Maklumat bukan linguistik pada korpus seperti struktur teks, perenggan, muka surat, bahasa, penutur, penulis, tarikh rakaman, jantina, format, pencetakan atau pemprosesan yang lain. |
encoding | pengekodan | Proses menandai unsur dalam korpus seperti jeda perenggan, batas ucapan dan sebagainya sehingga dapat dikenali dengan mudah oleh perisian komputer dan pengguna korpus. |
annotation | anotasi | Penandaan maklumat linguistik pada korpus seperti penandaan golongan kata, morfologi, prosodi dan semantik. |
data | data | Maklumat dalam bentuk teks atau analisis seperti perkataan, statistik, konkordans, atau kolokasi yang dijana daripada korpora. Lihat juga intuitive data, attested data, modified data |
language engineering | kejuruteraan bahasa | Bidang pengkomputeran yang menggunakan peranti seperti kamus boleh dibaca mesin dan penghurai ayat dalam pemprosesan bahasa tabii untuk membangunkan aplikasi sintesis pertuturan, pengecaman pertuturan, penterjemahan mesin dan sebagainya. |
documentation | dokumentasi | Manual pembinaan korpus yang lazimnya mengandungi maklumat seperti tujuan dan reka bentuk termasuk saiz, jenis teks, pensampelan, set tanda dan sebagainya. |
AntConc | AntConc | Perisian analisis korpus yang mempunyai pelbagai fungsi seperti carian kata kunci, konkordans, kolokasi, n-gram serta janaan senarai kata. |
comparative corpus | korpus bandingan | Korpus yang digunakan untuk membuat perbandingan seperti kekerapan kata, kata kunci dan semantik. |
spoken corpus | korpus pertuturan | Himpunan data bahasa percakapan yang telah ditranskripsi seperti perbualan tidak formal, panggilan telefon dalam siaran radio dan sebagainya. |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata seperti; |
|
Puisi |
---|
|
Emas merah kesuma danding, Perahu sarat seperti pelanting; Awaknya putih pinggang ramping, Matanya tajam seperti gunting.
Lihat selanjutnya... |
|