Kata Istilah |
Kata Sasar |
Kata Takrif |
Gutenberg Project | Projek Gutenberg | Arkib internet yang mengandungi lebih 60,000 buku tanpa hak cipta disimpan sebagai teks yang boleh dibaca oleh mesin. Arkib ini boleh diakses di http://www.gutenberg.org. Bilangan buku dalam arkib ditambah dari semasa ke semasa. |
Framenet | Framenet | Projek pembinaan pangkalan data leksikal bahasa Inggeris yang boleh dibaca mesin dengan anotasi maksud dan semantik. |
Malay Concordance Project (MCP) | Projek Konkordans Melayu (MCP) | Korpus teks kesusasteraan Melayu klasik yang meliputi teks prosa, akhbar, manual, surat dan dokumen yang dibangunkan oleh Australian National University. |
European Language Activity Network (ELAN) | Rangkaian Kegiatan Bahasa Eropah (ELAN) | Projek kajian bahasa yang membina korpora 30 bahasa Eropah dalam format yang sama serta menggunakan peranti yang mempunyai antara muka yang sepunya. |