Kata Istilah |
Kata Sasar |
Kata Takrif |
concordancer | pengkonkordan | Peranti perisian yang menghasilkan konkordans. Peranti ini mencari perkataan di dalam korpus dan memaparkan kata carian tersebut berserta konteksnya. |
BNC Web | sesawang BNC/web BNC | Peranti berasaskan sesawang bagi analisis korpus seperti carian kata, pengiraan statistik kolokasi, analisis distribusi dan sebagainya daripada teks korpus BNC. |
language engineering | kejuruteraan bahasa | Bidang pengkomputeran yang menggunakan peranti seperti kamus boleh dibaca mesin dan penghurai ayat dalam pemprosesan bahasa tabii untuk membangunkan aplikasi sintesis pertuturan, pengecaman pertuturan, penterjemahan mesin dan sebagainya. |
Binary File Transfer (BFT) | Pemindahan Fail Dedua (BFT) | Satu piawai pemindahan fail perduaan, perisian, dokumen, video, imej dan maklumat pertukaran data elektronik di antara peranti komunikasi termasuk komputer peribadi dan mesin faksimili. |
European Language Activity Network (ELAN) | Rangkaian Kegiatan Bahasa Eropah (ELAN) | Projek kajian bahasa yang membina korpora 30 bahasa Eropah dalam format yang sama serta menggunakan peranti yang mempunyai antara muka yang sepunya. |