Kata Istilah |
Kata Sasar |
Kata Takrif |
introspection | introspeksi | Pendekatan berdasarkan gerak hati penutur natif dalam penelitian bahasa. |
empiricism | empirisisme | Pendekatan berdasarkan pemerhatian terhadap data sebenar bahasa bagi mengetahui cara sesuatu bahasa berfungsi. |
corpus-driven approach | pendekatan berpacukan korpus | Kaedah membina linguistik yang dipacu oleh analisis data korpus. |
corpus-based approach | pendekatan berasaskan korpus | Kaedah menguji hipotesis linguistik berdasarkan analisis data korpus. |
stochastic tagging | penanda stokastik | Pendekatan penandaan golongan kata (POS) yang menggunakan kekerapan atau kebarangkalian. |
multi-dimensional analysis | analisis pelbagai dimensi | Pendekatan statistik perbandingan dalam menganalisis pelbagai genre pertuturan dan penulisan. |
hidden Markov model | model Markov tersembunyi | Pendekatan statistik untuk memodelkan sesuatu urutan unsur bahasa. Model ini digunakan bagi penyahtaksaan anotasi korpus. |
Constituent Likelihood Automatic Word-tagging System (CLAWS) | Sistem Penandaan Kata Automatik berasaskan Kebolehjadian Unsur (CLAWS) | Perisian yang menandai golongan kata berdasarkan korpus dengan menerapkan pendekatan penyahtaksaan kebarangkalian, bukan hanya berdasarkan peraturan tatabahasa semata-mata. |