Kata Istilah |
Kata Sasar |
Kata Takrif |
multi-dimensional analysis | analisis pelbagai dimensi | Pendekatan statistik perbandingan dalam menganalisis pelbagai genre pertuturan dan penulisan. |
cluster analysis | analisis gugusan | Analisis berdasarkan kelompok kata yang berlaku secara berurutan dan berulang-ulang. Analisis ini merupakan kaedah statistik pelbagai pemboleh ubah untuk meneliti persamaan dan perbezaan antara pelbagai teks. |
multilingual corpus | korpus pelbagai bahasa | Korpus yang mengandungi teks lebih daripada satu bahasa. |
corpus balance | keseimbangan korpus | Julat pelbagai jenis bahasa atau genre yang dicakupi oleh korpus mengikut perkadarannya. |
AntConc | AntConc | Perisian analisis korpus yang mempunyai pelbagai fungsi seperti carian kata kunci, konkordans, kolokasi, n-gram serta janaan senarai kata. |
national corpus | korpus kebangsaan | Korpus bersaiz besar yang mewakili pelbagai domain penggunaan bahasa kebangsaan dan sering dinamakan sempena negara asalnya seperti British National Corpus (BNC). |
KWiCFinder | KWiCFinder | Perisian berasaskan web yang membolehkan carian konkordans dalam pelbagai bahasa di seluruh Jaringan Sejagat. |
comparable corpus | korpus sebanding | Himpunan teks dalam satu bahasa atau pelbagai bahasa yang kesemuanya dibina berasaskan reka bentuk dan pensampelan genre dan teks yang serupa. |
Malaysia Corpus Research Network | Rangkaian Penyelidkan Korpus Malaysia | Jaringan penyelidik di pelbagai institusi Malaysia dalam bidang linguistik korpus dan linguistik terapan. |
LancsBox | LancsBox | Pakej perisian generasi baharu untuk menganalisis data dan korpus pelbagai bahasa. Perisian ini mampu memaparkan analisis data bahasa secara visual. |