Kata Istilah |
Kata Sasar |
Kata Takrif |
learner corpus | korpus pelajar | Korpus yang mengandungi teks bahasa kedua yang dihasilkan oleh pelajar bahasa kedua (L2) tersebut. |
interlanguage | bahasa perantara | Set rumus bahasa yang terbina oleh pelajar bahasa kedua dalam mempelajari bahasa tersebut. Bahasa perantara merupakan salah satu aspek yang dikaji dalam korpus pelajar. |
phrase structure | struktur frasa | Unsur utama yang membina ayat. Contohnya frasa bagi ayat Beberapa orang pelajar menonton televisyen adalah seperti yang berikut: A= [FN Beberapa orang pelajar ] [ FK menonton] [ FN televisyen] A = ayat, FN = frasa nama, FK = frasa kerja |
form-focused teaching | pengajaran berfokuskan bentuk | Pengajaran yang berfokuskan bentuk melibatkan pelajar menggunakan korpus untuk meneliti aspek penggunaan tatabahasa. |
error-tagging | penandaan ralat | Proses menandai jenis kesalahan berdasarkan kod yang ditetapkan dalam korpus pelajar. Lazimnya kesalahan tatabahasa, ejaan dan sebagainya. |
data-driven learning | pembelajaran berpacukan data | Kaedah pembelajaran bahasa yang menggunakan analisis konkordans. Contohnya, pelajar menjelaskan struktur bahasa berasaskan penemuan yang diperoleh daripada data yang dianalisis. |
pedagogic corpus | korpus pedagogi | Korpus yang digunakan untuk pengajaran bahasa yang hanya terdiri daripada bahasa yang telah didedahkan kepada pelajar di dalam bilik darjah. |
Association for Literary and Linguistic Computing (ALLC) | Persatuan Pengkomputeran Kesusasteraan dan Linguistik (ALLC) | Persatuan berkaitan penggunaan pengkomputeran dalam kajian bahasa dan sastera. Keanggotaannya bersifat antarabangsa yang merangkumi pelajar dan penyelidik merentas disiplin kemanusiaan. |