Kata Istilah |
Kata Sasar |
Kata Takrif |
language engineering | kejuruteraan bahasa | Bidang pengkomputeran yang menggunakan peranti seperti kamus boleh dibaca mesin dan penghurai ayat dalam pemprosesan bahasa tabii untuk membangunkan aplikasi sintesis pertuturan, pengecaman pertuturan, penterjemahan mesin dan sebagainya. |
Framenet | Framenet | Projek pembinaan pangkalan data leksikal bahasa Inggeris yang boleh dibaca mesin dengan anotasi maksud dan semantik. |
Gutenberg Project | Projek Gutenberg | Arkib internet yang mengandungi lebih 60,000 buku tanpa hak cipta disimpan sebagai teks yang boleh dibaca oleh mesin. Arkib ini boleh diakses di http://www.gutenberg.org. Bilangan buku dalam arkib ditambah dari semasa ke semasa. |
Binary File Transfer (BFT) | Pemindahan Fail Dedua (BFT) | Satu piawai pemindahan fail perduaan, perisian, dokumen, video, imej dan maklumat pertukaran data elektronik di antara peranti komunikasi termasuk komputer peribadi dan mesin faksimili. |
|
|