Kata Istilah |
Kata Sasar |
Kata Takrif |
cognate | kognat | Kata yang mempunyai hubungan bentuk dan makna dengan kata yang serupa bentuknya dalam bahasa lain. Kognat digunakan bagi teknik menjajarkan ayat dalam korpora dwibahasa atau pelbagai bahasa. |
clitic | klitik | Morfem yang mempunyai ciri-ciri sintaksis dan terikat secara fonologi dan leksikal dengan kata lain. Contohnya, -mu, -ku dan -nya dalam kata janjimu, janjiku dan janjinya. Dalam anotasi korpus, klitik perlu diasingkan daripada kata yang terikat dengannya. |
homograph | homograf | Bentuk kata yang mempunyai ejaan yang sama tetapi maksud yang berbeza. |
function words | kata tugas | Perkataan yang mempunyai tugas nahuan dalam ayat seperti kata hubung, kata bantu, kata sendi nama dan sebagainya. |
duplication | penduaan/duplikasi | Beberapa teks yang mempunyai kandungan sama ditemui dalam korpus yang sama. Penduaan ini harus dielakkan dalam pembinaan data korpus. |
content words | kata isi | Perkataan yang mempunyai makna dan boleh berdiri sendiri dalam ayat. Kata isi ini terdiri daripada golongan kata nama, kata kerja dan kata adjektif. Kata isi dikenali juga sebagai kata leksikal. |
AntConc | AntConc | Perisian analisis korpus yang mempunyai pelbagai fungsi seperti carian kata kunci, konkordans, kolokasi, n-gram serta janaan senarai kata. |
collocate | kolokat | Perkataan yang berganding secara lazim atau mempunyai gandingan kekerapan yang tinggi dan bukan secara rawak. |
Compleat Lexical Tutor | Compleat Lexical Tutor | Program berasaskan web yang mempunyai keupayaan belajar berasaskan data dan direka bentuk untuk membantu pemerolehan bahasa kedua. |
factor analysis | analisis faktor | Kaedah statistik untuk menganalisis set data yang mempunyai banyak pemboleh ubah. Analisis ini mengurangkan pemboleh ubah yang banyak kepada hanya beberapa pemboleh ubah utama melalui pengelompokan pemboleh ubah yang sama cirinya. |