Kata Istilah |
Kata Sasar |
Kata Takrif |
Computer Assisted Language Learning (CALL) | Pembelajaran Bahasa Berbantukan Komputer (CALL) | Pembelajaran bahasa menggunakan komputer untuk membantu atau menyokong pembelajaran bahasa. |
ASCII | ASCII | Kod standard berasaskan tujuh (7) bit yang lazim digunakan dalam komputer untuk mewakilkan aksara. |
information extraction | penyarian maklumat | Proses menapis, memilih dan mengasingkan maklumat tertentu daripada teks dengan menggunakan program komputer. Maklumat ini ditandai dalam teks dan disimpan dalam pangkalan data. |
encoding | pengekodan | Proses menandai unsur dalam korpus seperti jeda perenggan, batas ucapan dan sebagainya sehingga dapat dikenali dengan mudah oleh perisian komputer dan pengguna korpus. |
information retrieval | dapatan semula maklumat | Proses memperoleh semula maklumat daripada korpus, pangkalan data atau jaringan teks seperti laman sesawang melalui carian menggunakan komputer. |
Binary File Transfer (BFT) | Pemindahan Fail Dedua (BFT) | Satu piawai pemindahan fail perduaan, perisian, dokumen, video, imej dan maklumat pertukaran data elektronik di antara peranti komunikasi termasuk komputer peribadi dan mesin faksimili. |