Kata Istilah |
Kata Sasar |
Kata Takrif |
comparative corpus | korpus bandingan | Korpus yang digunakan untuk membuat perbandingan seperti kekerapan kata, kata kunci dan semantik. |
lemmatisation | pelemaan | Proses anotasi automatik yang mengumpulkan kata-kata dalam korpus mengikut lema. Pelemaan kata lari, berlari, melarikan, pelari, pelarian dan sebagainya dikenal pasti dan ditandakan lemanya sebagai LARI. |
embedded quotes | petikan pemancangan | Petikan dalam petikan. Sebagai contoh, Lelaki itu memberitahu saya, 'ayah saya berpesan "jangan sekali-kali tinggalkan solat, jadi saya tidak pernah tinggalkan. "Kata-kata "jangan sekali-kali tinggalkan solat ialah petikan pancangan yang disisipkan dal |
content words | kata isi | Perkataan yang mempunyai makna dan boleh berdiri sendiri dalam ayat. Kata isi ini terdiri daripada golongan kata nama, kata kerja dan kata adjektif. Kata isi dikenali juga sebagai kata leksikal. |
function words | kata tugas | Perkataan yang mempunyai tugas nahuan dalam ayat seperti kata hubung, kata bantu, kata sendi nama dan sebagainya. |
parts-of-speech tags (POS tags) | tanda golongan kata (POS tags) | Kod yang diberikan pada setiap perkataan dalam korpus untuk menunjukkan kategori tatabahasa perkataan itu contohnya kata nama, kata kerja, kata adjektif dan sebagainya. |
downward collocation | kolokasi menurun | Senarai gandingan sesuatu kata (kolokat) dengan kata nodus yang nisbah gandingannya semakin berkurang. Kolokasi menurun lazim berlaku apabila digandingkan dengan kata leksikal berbanding kata fungsian. |
co-text | teks bersama/ko-teks | Kata yang hadir bersama di kiri dan kanan kata nodus (kata atau frasa) dalam konkordans. |
keyword | kata kunci | Kata yang mencirikan sesuatu korpus berbanding dengan korpus lain seperti korpus rujukan. Kata kunci dikenal pasti berdasarkan kekerapan yang lebih tinggi dan signifikan dalam korpus sasaran berbanding korpus yang dibandingkan. |
lexical priming | terangsang sedia leksikal | Ciri sesuatu kata X yang mencetuskan gandingan antara kata X dengan kata yang lain. Gandingan ini membentuk kolokasi dan koligasi yang bukan rawak tetapi terangsang sedia. |