Kata Istilah |
Kata Sasar |
Kata Takrif |
document type definition (DTD) | definisi jenis dokumen (DTD) | Set pernyataan yang mendefinisikan komposisi kandungan, ciri-ciri dan struktur teks secara formal. |
Binary File Transfer (BFT) | Pemindahan Fail Dedua (BFT) | Satu piawai pemindahan fail perduaan, perisian, dokumen, video, imej dan maklumat pertukaran data elektronik di antara peranti komunikasi termasuk komputer peribadi dan mesin faksimili. |
Malay Concordance Project (MCP) | Projek Konkordans Melayu (MCP) | Korpus teks kesusasteraan Melayu klasik yang meliputi teks prosa, akhbar, manual, surat dan dokumen yang dibangunkan oleh Australian National University. |
optical character recognition (OCR) | pengecaman aksara optik (OCR) | Teknologi pengecaman yang membezakan aksara teks (bercetak atau tulisan tangan) yang tertera dalam imej dokumen fizikal melalui imbasan dan memindahkannya dalam bentuk kod digital. |
Pangkalan Data Alam Tamadun Melayu (PADAT) | Pangkalan Data Alam Tamadun Melayu (PADAT) | Koleksi bahan makalah jurnal, bab buku, kertas kerja, tesis, laporan dan dokumen lain yang berkaitan pengajian Alam Melayu. |
Standard Generalised Markup Language (SGML) | Bahasa Penanda Teritlak Piawai (SGML) | Bahasa meta yang mempunyai piawaian ISO 8879:1986 yang membolehkan pengguna mentakrifkan bahasa penanda bagi sesuatu dokumen. |