Kata Istilah |
Kata Sasar |
Kata Takrif |
clitic | klitik | Morfem yang mempunyai ciri-ciri sintaksis dan terikat secara fonologi dan leksikal dengan kata lain. Contohnya, -mu, -ku dan -nya dalam kata janjimu, janjiku dan janjinya. Dalam anotasi korpus, klitik perlu diasingkan daripada kata yang terikat dengannya. |
document type definition (DTD) | definisi jenis dokumen (DTD) | Set pernyataan yang mendefinisikan komposisi kandungan, ciri-ciri dan struktur teks secara formal. |
common core hypothesis | hipotesis teras sepunya | Teori yang menunjukkan semua jenis bahasa Inggeris mempunyai ciri-ciri asas utama yang sepunya, yang hanya berbeza dari segi kuantitatif dan bukan secara kualitatif. |
representativeness | keterwakilan | Ciri korpus yang menggambarkan komposisi populasi sesuatu bahasa mengikut kriteria dan tujuan pembinaan korpus. Antara kriterianya ialah jenis teks, jumlah teks, dan saiz data korpus yang dibangunkan. |
compliant | patuh | Ciri sesuatu korpus, teks, perisian atau skema anotasi yang mematuhi piawai seperti SGML, XML atau TEI. |
closure | tutupan | Ciri tertentu dalam korpus yang menjadikan korpus itu mencapai status keterwakilan dan tiada leksikal, frasa atau rumus nahu baharu ditemukan dalam korpus. |
robust | lasak/teguh | Ciri perisian korpus yang tidak terganggu walaupun data tidak sempurna digunakan pada alat korpus tersebut. |
attribute | sifat/ atribut | Ciri, nilai, struktur, tipologi atau kelompok yang khusus mengenai data korpus. |
semantic prosody | prosodi semantik | Ciri pola makna sesuatu kata apabila digandingkan secara kerap dengan perkataan tertentu akan menghasilkan pola makna yang positif, negatif atau neutral. Sinonim discourse prosody. |
lexical priming | terangsang sedia leksikal | Ciri sesuatu kata X yang mencetuskan gandingan antara kata X dengan kata yang lain. Gandingan ini membentuk kolokasi dan koligasi yang bukan rawak tetapi terangsang sedia. |