Kata Istilah |
Kata Sasar |
Kata Takrif |
computational linguistics | linguistik pengkomputeran | Bidang linguistik yang melibatkan kajian bahasa secara saintifik dari perspektif pengkomputeran. Bidang ini melibatkan sintesis sains pengkomputeran, kecerdasan buatan dan teori linguistik. |
language engineering | kejuruteraan bahasa | Bidang pengkomputeran yang menggunakan peranti seperti kamus boleh dibaca mesin dan penghurai ayat dalam pemprosesan bahasa tabii untuk membangunkan aplikasi sintesis pertuturan, pengecaman pertuturan, penterjemahan mesin dan sebagainya. |
term bank | bank istilah | Senarai istilah teknikal bidang tertentu dalam pangkalan data elektronik. |
Malaysia Corpus Research Network | Rangkaian Penyelidkan Korpus Malaysia | Jaringan penyelidik di pelbagai institusi Malaysia dalam bidang linguistik korpus dan linguistik terapan. |
Association for Computational Linguistics (ACL) | Persatuan Linguistik Pengkomputeran (ACL) | Persatuan yang dianggotai oleh penyelidik dalam bidang bahasa tabii dan pengkomputeran. |
Expert Advisory Group on Language Engineering Standards (EAGLES) | Kumpulan Penasihat Pakar Piawaian Kejuruteraan Bahasa (EAGLES) | Kumpulan pakar di bawah naungan Kesatuan Eropah yang telah membina set piawaian dalam bidang linguistik pengkomputeran dan pemprosesan bahasa tabii (NLP). |