Kata Istilah |
Kata Sasar |
Kata Takrif |
design | reka bentuk | Proses pertama dalam pembinaan korpus. Reka bentuk korpus bergantung pada tujuan dan kegunaannya bagi menentukan jenis, kandungan, struktur, saiz teks dan sebagainya. |
form-focused teaching | pengajaran berfokuskan bentuk | Pengajaran yang berfokuskan bentuk melibatkan pelajar menggunakan korpus untuk meneliti aspek penggunaan tatabahasa. |
morphological richness | kekayaan morfologi | Sifat bahasa yang merujuk kepada kepelbagaian perubahan dalam bentuk kata. Bahasa seperti bahasa Arab atau Latin mempunyai kekayaan morfologi yang tinggi kerana terdapat banyak bentuk infleksi bagi pelbagai kategori nahu bahasa. |
pattern | pola | Bentuk dan struktur lazim yang memaparkan corak penggunaan bahasa. |
homograph | homograf | Bentuk kata yang mempunyai ejaan yang sama tetapi maksud yang berbeza. |
data | data | Maklumat dalam bentuk teks atau analisis seperti perkataan, statistik, konkordans, atau kolokasi yang dijana daripada korpora. Lihat juga intuitive data, attested data, modified data |
homogeneity | kehomogenan | Konsep dalam reka bentuk korpus, iaitu teks hanya diambil dari satu sumber atau sumber yang setara. |
distribution | taburan | 1. Faktor dalam mereka bentuk korpus. Taburan teks mengambil kira kadar dari segi sumber, saiz dan jenis teks bagi memastikan keterwakilan sesebuah korpus. 2. Kaedah analisis data korpus. Taburan kekerapan sesuatu kata mengikut genre teks. |
cognate | kognat | Kata yang mempunyai hubungan bentuk dan makna dengan kata yang serupa bentuknya dalam bahasa lain. Kognat digunakan bagi teknik menjajarkan ayat dalam korpora dwibahasa atau pelbagai bahasa. |
Multiconcord | Multiconcord | Perisian konkordans berasaskan Windows yang direka bentuk untuk mengendalikan korpora berbilang bahasa, terutamanya korpora selari. |