Kata Istilah |
Kata Sasar |
Kata Takrif |
bigram | bigram | Jujukan dua unsur dalam satu ungkapan. Banding trigram. |
L1 | bahasa pertama | Bahasa yang dipelajari sejak dari kecil dan paling dikuasai oleh seseorang. Banding L2. |
bigram tagger | penanda bigram | Perisian yang menggunakan kebarangkalian berlakunya dua anotasi (A dan B) yang berjujukan. Banding trigram tagger. |
L2 | bahasa kedua | Bahasa yang diperoleh selepas bahasa pertama dan dipelajari di sekolah atau dipelajari setelah dewasa. Banding L1. |
diachronic corpus | korpus diakronik | Korpus yang mengandungi himpunan teks masa lampau yang tertentu untuk meneliti perubahan bahasa. Banding synchronic corpus. |
attested data | data nyata | Data tulen yang diperakui benar dan terbentuk secara tabii serta bukan merupakan data rekaan. Banding intuitive data. |
synchronic corpus | korpus sinkronik | Korpus yang mengandungi himpunan teks yang dihasilkan dalam tempoh sama bagi menggambarkan penggunaan bahasa pada masa tersebut. Banding diachronic corpus. |
proclitic | klitik awalan/proklitik | Unsur yang tidak boleh berdiri sendiri dan perlu bergabung dengan kata yang mengikutinya seperti ku-, kau- dalam kutulis dan kauberi. Banding enclitic. |
enclitic | enklitik | Unsur kata yang tidak boleh berdiri sendiri dan perlu bergabung dengan kata yang mendahuluinya -ku, -mu, -nya dalam rumahku, jiranmu dan kasutnya. Banding proclitic. |
intuitive data | data gerak hati/data intuitif | Data yang direka-reka bagi menjelaskan aspek linguistik tertentu dan tidak berasaskan data yang terbentuk secara tabii dan autentik. Banding attested data. |