Kata Istilah |
Kata Sasar |
Kata Takrif |
mutual information | maklumat salingan | Ukuran statistik yang membandingkan antara kebarangkalian kehadiran dua item secara bersama dengan kebarangkalian setiap item tersebut secara bersendirian. Maklumat salingan sering digunakan sebagai ukuran kekuatan kolokasi antara dua perkataan. |
competence-performance | kecekapan perlakuan | Dwibahagian bahasa antara keupayaan berbahasa, iaitu kecekapan dengan penghasilan bahasa, iaitu perlakuan. Dalam linguistik korpus, perlakuan bahasa dijadikan data bahasa yang dikaji. |
correspondence analysis | analisis berpadanan | Analisis yang menunjukkan hubungan relatif antara atau dalam dua kumpulan pemboleh ubah, berdasarkan data kekerapan dalam jadual kontingensi. |
log-likelihood | log kebolehjadian | Ujian keertian statistik untuk melihat perbezaan antara dua pemboleh ubah yang sering digunakan dalam analisis kolokasi atau kata kunci. |
distinctiveness coefficient | pekali kebezaan/koefisen distintif | Nilai numerikal yang mengukur perbezaan antara korpora dengan menggunakan pelbagai kaedah statistik seperti log kebolehjadian dan khi kuasa dua. |
probability | kebarangkalian | Ukuran berangka tentang kemungkinan berlakunya sesuatu peristiwa. Nilai kebarangkalian terletak antara 0 dengan 1. |
lexical priming | terangsang sedia leksikal | Ciri sesuatu kata X yang mencetuskan gandingan antara kata X dengan kata yang lain. Gandingan ini membentuk kolokasi dan koligasi yang bukan rawak tetapi terangsang sedia. |
co-occurrence | kejadian bersama | Kebarangkalian dua kata yang hadir secara bergandingan atau berdekatan antara satu sama lain. Lihat juga collocation, colligation. |
comparability | kebolehbandingan | Tahap penyeragaman struktur, saiz dan komposisi teks yang membolehkan dua korpora dibandingkan antara satu sama lain. |
chi square | khi kuasa dua | Ujian statistik untuk menentukan perbezaan signifikan dalam data kekerapan antara dua korpora. |