Kata |
Takrif |
Sumber |
erg | unit utk mengukur tenaga atau kerja. Satu erg bersamaan dgn 10 -joule | Kamus Dewan Perdana |
en | unit cetakan utk mengukur kelebaran taip. Satu en bersamaan dgn setengah em | Kamus Dewan Perdana |
em | unit ukuran linear utk mengukur kelebaran saiz taip, yg berdasarkan saiz poin yg digunakan, mis 1 em bagi saiz enam poin bermakna enam poin lebar. Apb em digunakan utk mengukur jarak di antara baris, ukuran em yg sebenar bergantung pd muka taip yg digunakan | Kamus Dewan Perdana |
euro | (unit) mata wang tunggal yg digunakan di negara anggota Kesatuan Eropah, antaranya Perancis, Jerman, Sepanyol, Itali, Portugal, Austria, Finland dan Greece | Kamus Dewan Perdana |
emper | unit kediaman mewah yg biasanya terletak pd aras paling tinggi di sesebuah bangunan pencakar langit, spt pangsapuri atau hotel yg dilengkapi lif persendirian dan menjadi tempat penginapan pengurusan tertinggi, pelawat kehormat dsb | Kamus Dewan Perdana |
ela | unit utk mengukur panjang atau jarak. Satu ela bersamaan dgn 36 inci atau 91 sentimeter | Kamus Dewan Perdana |
ekar | unit utk mengukur keluasan tanah dlm sistem British. Satu ekar bersamaan dgn 4840 ela persegi atau 4046.86 meter persegi | Kamus Dewan Perdana |
euroyen | (unit) mata wang Jepun yg didepositkan di bank-bank di Eropah utk tujuan perdagangan | Kamus Dewan Perdana |
escudo | (unit) mata wang yg digunakan di Portugal sebelum euro, yg nilainya bersamaan dgn 100 sentavo. Simbol: Esc | Kamus Dewan Perdana |
emirate | unit mata wang lama yg digunakan di Emiriah Arab Bersatu sebelum dirham | Kamus Dewan Perdana |