Kata |
Takrif |
Sumber |
etanal | cecair tidak berwarna dlm kumpulan aldehid yg mudah terbakar dan digunakan utk membuat asid asetik, minyak wangi dan ubat-ubatan. Etanal ialah kata teknikal bagi asetaldehid. Formula: CHO | Kamus Dewan Perdana |
enjelai | rumput yg sederhana tinggi, berbulu, tumbuh liar atau ditanam utk buahnya yg boleh dimakan, dijadikan makanan ternakan, hiasan, dan berkhasiat ubatan serta dijadikan bahan asas kosmetik | Kamus Dewan Perdana |
ekor merak | tumbuhan jenis herba drp genus Selaginella yg kebanyakannya merayap di bawah pokok besar, dan menyerupai paku-pakis. Ada beberapa spesies yg ditanam sbg hiasan, dan kebanyakannya mempunyai khasiat ubatan tradisional | Kamus Dewan Perdana |
|
|