Kata |
Takrif |
Sumber |
El Salvador | negara republik di Amerika Tengah, berhampiran pesisir Lautan Pasifik, yg pantainya bertanah rendah tetapi berpenara di bahagian tengahnya. Negara ini merdeka drp Sepanyol pd tahun 1841, dan menjadi republik pd tahun 1856 | Kamus Dewan Perdana |
epok | tahun rujukan dlm hitungan koordinat cakerawala | Kamus Dewan Perdana |
Ecuador | negara republik yg terletak di Amerika Selatan, tanahnya meliputi dataran pantai Lautan Pasifik dan dipisahkan oleh banjaran dan penara pergunungan Andes yg terdiri drp hutan lembah Amazon. Negara ini merdeka drp Sepanyol pd tahun 1822 dan menjadi republik pd tahun 1830 | Kamus Dewan Perdana |
El Nino | fenomena perubahan cuaca yg mendadak, berlaku selang beberapa tahun di kawasan Pasifik, yg menyebabkan kemarau dan perubahan pola tiupan angin | Kamus Dewan Perdana |
EAEC | East Asia Economic Caucus (Kumpulan Perundingan Ekonomi Asia Timur). EAEC ialah sebuah badan di bawah ISIS yg diwujudkan pd tahun 2003, menjalankan kajian berasaskan dasar bebas, persidangan dan perangkaian thp rantau Asia Timur | Kamus Dewan Perdana |
Estonia | negara republik di timur Eropah, berhampiran Teluk Finland dan Laut Baltik, bertanah rendah dan mempunyai banyak paya, tasik dan hutan. Negara ini merdeka drp Soviet Union pd tahun 1991 | Kamus Dewan Perdana |
ekuinoks | waktu matahari berada di khatulistiwa menyebabkan siang dan malam sama panjang di serata tempat di dunia, iaitu pd 20 Mac dan 22 September atau 21 Mac dan 23 September setiap tahun | Kamus Dewan Perdana |
Ebola | penyakit bawaan virus drp famili Filoviridae yg berpunca drp haiwan keluarga monyet, yg menjangkiti manusia melalui bendalir atau organ tubuh yg tercemar, ditandai oleh demam panas serta perdarahan dalaman yg teruk sehingga boleh menyebabkan kematian. Nama penyakit ini diambil sempena nama sungai di Zaire yg pertama kali dikesan kes tsb pd tahun 1976 | Kamus Dewan Perdana |
Eritrea | negara yg bersempadan dgn Sudan di bahagian utara dan barat, Laut Merah di bahagian utara dan timur, manakala di selatannya terletak negara Ethiopia dan Djibouti, rupa buminya bergunung-ganang. Pantai Laut Merahnya merupakan kawasan yg paling panas dan kering di Afrika, sementara bahagian tengahnya pula mempunyai lembah yg subur utk pertanian. Negara ini merdeka drp Ethiopia pd tahun 1993 | Kamus Dewan Perdana |
Emiriah Arab Bersatu | negara kesatuan tujuh negeri bersyeikh di Asia Barat, berhampiran Teluk Parsi, yg terdiri drp Abu Dhabi, Dubai, Sharjah, Ajman, Umm al-Qaiwan, Ras al-Khaimah, dan Fujairah, yg sebahagian besar tanahnya merupakan dataran gurun, dan gunung-ganang di sebelah timurnya. Negara ini merdeka drp British pd tahun 1971 | Kamus Dewan Perdana |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata tahun |
|
Puisi |
---|
|
Pagi hari mandi di perigi, Mandi di sana banyak juga; Kalau tidak dapat tahun ini, Tahun depan kuambil juga.
Lihat selanjutnya... |
|