Kata |
Takrif |
Sumber |
engkerurai | alat muzik tradisional yg diklasifikasikan sbg aerofon, dibuat drp empat hingga enam batang buluh kecil yg tidak sama panjang, diikat dgn rotan dan dilekatkan hujungnya pd labu kering. Alat ini dimainkan oleh suku kaum Iban dan disebut keledi atau keluri oleh suku kaum Orang Ulu di Sarawak | Kamus Dewan Perdana |
etnologi | cabang antropologi yg mengkaji rumpun, suku atau kumpulan bangsa manusia dan pelbagai aspek kebudayaannya serta hubungan antara satu bangsa dgn bangsa yg lain | Kamus Dewan Perdana |
ekasuku kata | terdiri drp satu suku kata, mis bom, gam dan pos | Kamus Dewan Perdana |
eksogami | adat atau perbuatan yg menggalakkan sso mengahwini sso drp suku kaum yg lain | Kamus Dewan Perdana |
etnobotani | cabang botani yg berkaitan dgn tumbuh-tumbuhan dan kegunaannya dlm sst suku bangsa | Kamus Dewan Perdana |
endogami | prinsip dlm perkahwinan yg mengharuskan sso utk berkahwin dlm lingkungan sosial sendiri, mis sesama saudara atau sesama suku | Kamus Dewan Perdana |
|
|