Kata |
Takrif |
Sumber |
elektrolisis | proses yg menggunakan tenaga elektrik utk menyebabkan tindak balas kimia berlaku, mis utk menulenkan logam spt kuprum, dan utk menyadurkan sst logam dgn logam lain | Kamus Dewan Perdana |
elektroskop | alat utk mengesan cas elektrik, yg terdiri drp batang logam dan dua kepingan logam nipis drp emas yg akan terpisah apb terdapat cas elektrik | Kamus Dewan Perdana |
mengelektrosadur | menyadur (sst bahan atau logam) dgn lapisan logam lain yg nipis dgn menggunakan kaedah elektrolisis utk melindunginya drp terkakis atau menjadikannya lebih menarik | Kamus Dewan Perdana |
elektrometalurgi | cabang ilmu sains logam yg berkaitan dgn pemprosesan logam yg menggunakan kaedah elektrik dan elektrolisis | Kamus Dewan Perdana |
emas | logam hasil bumi berwarna kekuningan, tidak berkarat, tahan kakis, dan mahal harganya, biasanya digunakan utk membuat barang kemas, jongkong dan duit syiling. Kata teknikalnya ialah aurum | Kamus Dewan Perdana |
erbium | unsur logam berwarna putih keperakan yg lembut, boleh ditempa, dan digunakan dlm laser dan juga utk membuat aloi | Kamus Dewan Perdana |
einsteinium | unsur logam radioaktif yg dihasilkan secara buatan melalui pembedilan plutonium, uranium atau kalifornium | Kamus Dewan Perdana |
europium | unsur logam berwarna putih keperakan yg lembut, mulur, cepat bertindak balas, dan digunakan dlm televisyen warna dan laser | Kamus Dewan Perdana |
erhu | alat muzik tradisional Cina yg mempunyai dua tali logam yg dimainkan dgn cara sebelah tangan menggesek talinya manakala sebelah tangan lagi memetik talinya, dan dimainkan secara menegak di atas riba pemain | Kamus Dewan Perdana |
eliksir | cecair yg dikatakan oleh ahli sains Zaman Pertengahan dapat mengubah logam menjadi emas, dan dapat memanjangkan usia | Kamus Dewan Perdana |