| Kata |
Takrif |
Sumber |
| etnosentrik | cenderung menganggap bahawa masyarakat dan budaya sendiri lebih baik drp masyarakat dan budaya orang lain | Kamus Dewan Perdana |
| etnosentrisme | pandangan atau sikap yg menganggap bahawa masyarakat dan budaya sendiri lebih baik drp masyarakat dan budaya orang lain | Kamus Dewan Perdana |
| etno- | berkaitan dgn ras, etnik, atau budaya, mis etnografi dan etnologi | Kamus Dewan Perdana |
| etnik | kumpulan orang yg mempunyai budaya, tradisi dan identiti yg sama tetapi wujud sbg subkumpulan kpd kumpulan yg lebih besar dlm sesebuah masyarakat | Kamus Dewan Perdana |
| eurosentrik | cenderung menganggap bahawa orang atau budaya dr Eropah atau Barat lebih baik drp yg lain | Kamus Dewan Perdana |
| etos | ciri, sikap dsb yg khusus bagi sst bangsa, budaya, era dsb | Kamus Dewan Perdana |
| etiket | tatacara berkelakuan yg betul mengikut adat resam, budaya, pekerjaan atau kelas dlm masyarakat apb berada dlm sst situasi spt majlis rasmi atau di meja makan | Kamus Dewan Perdana |
| etnomuzikologi | kajian ttg kepelbagaian muzik dlm pelbagai budaya | Kamus Dewan Perdana |
| ekabudaya | (bkn negara, masyarakat dsb) mempunyai atau mengamalkan satu budaya | Kamus Dewan Perdana |
| mengeropahkan | menjadikan (sesebuah negara, masyarakat dsb) diresapi nilai, cara hidup dan budaya Eropah | Kamus Dewan Perdana |