Kata |
Takrif |
Sumber |
embalau | pokok renek yg berbulu halus, berbunga merah, berbuah halus berwarna ungu kehitaman, dan daun serta buahnya yg pahit boleh dijadikan ubat cirit-birit. Daunnya juga boleh dibuat ubat pupuk utk penyakit kulit spt kurap dan bisul | Kamus Dewan Perdana |
enau | palma tunggal yg tumbuh sehingga kira-kira 30 m, berbuah agak kecil, bergugus dan berjuntai, menghasilkan nira dan sagu, seratnya dibuat tali dan biji buahnya dijadikan halwa. Tumbuhan ini hidup liar tetapi ada juga yg ditanam sbg hiasan | Kamus Dewan Perdana |
empenai | pokok rendah yg berduri, berbunga kecil berwarna putih, berbuah bulat kecil berwarna hijau kekuningan apb masak dan mengandungi minyak pati yg boleh dijadikan ubat utk melegakan penyakit reumatisme. Pokok ini biasanya terdapat di pantai yg berbatu dan juga berpasir | Kamus Dewan Perdana |
ekor ikan | palma yg tumbuh sehingga kira-kira 20 m, berdaun spt ekor ikan, berbuah kecil, bergugus, berjuntai, berwarna merah apb matang, gatal dan beracun. Palma ini banyak terdapat di hutan yg pernah diteroka, dan juga ditanam sbg hiasan | Kamus Dewan Perdana |
ensurai | pokok yg biasanya tumbuh di tebing berbatu yg berlumut dan condong ke arah sungai, berdaun tirus, berbuah kemerahan dan bersayap, penting sbg sumber makanan bagi hidupan air dan akarnya penting utk menghalang hakisan | Kamus Dewan Perdana |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata berbuah |
|
Puisi |
---|
|
Lagi berbuah lagi berduri, Itulah nama asam paya; Lagi bertuah lagi berbudi, Itulah nama orang kaya.
Lihat selanjutnya... |
|