Kata |
Takrif |
Sumber |
etimon | bentuk kata yg menjadi sumber terbitnya bentuk kata lain, mis kata Austronesia Purba * hijav menjadi sumber kpd kata hijau (Melayu), ijo (Jawa) dan hilau (Tagalog) | Kamus Dewan Perdana |
elips | bentuk bulat bujur seakan-akan bujur telur | Kamus Dewan Perdana |
embaran | pemberitahuan dlm bentuk tulisan | Kamus Dewan Perdana |
e-kad | kad ucapan dlm bentuk elektronik yg dikirim melalui e-mel atau dicapai dr tapak jaringan tertentu | Kamus Dewan Perdana |
e-niaga | pendekatan atau bentuk perniagaan yg berteraskan teknologi moden secara elektronik, yg menggunakan Internet sbg medium perantara dlm urusan perniagaan spt pemasaran dan pengiklanan produk atau perkhidmatan dsb | Kamus Dewan Perdana |
epispora | lapisan paling luar dinding spora, yg menentukan bentuk dan warna spora | Kamus Dewan Perdana |
e- | elektronik. Singkatan e- digunakan bersama-sama dgn kata lain yg berkaitan dgn kandungan dlm bentuk digital, atau sistem yg dilaksanakan secara dalam talian | Kamus Dewan Perdana |
mengerong | menggunting atau memotong (kain, kertas dsb) secara melengkung mengikut bentuk yg dikehendaki | Kamus Dewan Perdana |
endeng | gelaran kpd budak lelaki yg mengiringi sami Buddha utk meminta derma dlm bentuk duit dan makanan bagi pihak sami | Kamus Dewan Perdana |
etimologi | ilmu yg mengkaji hal ttg sumber dan sejarah kata, dan perubahan pd bentuk serta makna kata | Kamus Dewan Perdana |